Saturday, October 24, 2009

Program ABJZ 2009


Alhamdulillah... program ABJZ berjaya juga dijalankan, walaupun saat-saat akhir, timbul kebimbangan di hati kami, tak ramai pelajar yang akan hadir... tapi alhamdulillah, dengan rahmat Allah, Allah menggerakkan hati-hati dan langkah-langkah anak-anak Hidayah untuk ke dewan Qadisiyah pagi tadi...Syabas buat antum! kerana antum dipilih oleh Allah untuk diberi kefahaman ilmu dan seterusnya dapat beramal kebaikan dan menjauhi segala larangan Allah. Walaupun kami mewajibkan pelajar ting 3 dan 4, tapi ada juga pelajar ting 1 dan 2 yang hadir. Tahniah! kerana telah bermujahadah...