Tuesday, November 16, 2010

EidulAdha: Monolog Sebuah Pengorbanan


ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Takbir raye bergema di masjid berdekatan, di radio & di TV. Kali ini ana sekeluarga beraya di rumah sendiri, memandangkan suami tersayang masih perlu bertugas pada Khamis & Jumaat ini.

Salam EidulAdha.... Moga sirah pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail memberi kesan pengajaran yang mendalam pada diri ini. 'Ya Allah, berilah daku kekuatan & keyakinan untuk menggalas tugas dakwah ini...' Amanah yg baru ana terima rasanya terlalu berat, full timer sbgai petugas Tarbiyah di SMIH...Subhanallah, pernah satu masa dulu, itulah yang ana impikan, tak sangka, dengan kelahiran mujahid kecilku sebulan lbh yg lepas, Allah menganugerahkan juga peluang yang luas utk beramal dgn jawatan baru ini. Ya... inilah medanku, yg pastinya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit...Berkatilah ya Allah...

"Jalan dakwah mengajarkan bahawa kami memang membutuhkan dakwah. Kebersamaan dengan saudara-saudara di jalan ini semakin menegaskan bahawa kami harus hidup bersama mereka di jalan ini agar berhasil dalam hidup dunia & akhirat kami"
-Petikan drp buku "Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami";M. Lili Nur Aulia

Friday, April 30, 2010

Jalan Dakwah....


"Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Di atas jalan inilah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda (r.a) berjalan demikian juga kita dan para pendukung dakwah berjalan dengan taufik dari ALLAH SWT. Kita dan mereka berjalan berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah. Rasulullah SAW menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan aqidah dengan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah contoh dan tauladan. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini." Petikan daripada buku 'Jalan Dakwah' ~ Mustafa Masyhur